5 Perkara yang aku telah pelajari yang wajar dikongsi bersama

Sempena mengambil semangat tahu baru, dimana kita selalu diperingatkan tentang membuat resolusi, tentang matlamat etc.. aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi 5 perkara penting yang aku telah pelajari dalam tahun 2014, yang aku rasa boleh dikongsi bersama. InsyaAllah mudah-mudahan ia menjadi self reminder untuk aku juga sepanjang tahun akhir pengajianku ini.

So yang pertama:

  • Bebaskan diri dari kebimbangan berlebihan – terutamanya soal perkara di masa hadapan (Knowing how to avoid unnecessary anxiety)

Tahun 2014 merupakan tahun yang aku rasa paling sukar dari segi mental. Mungkin normal bagi pelajar PhD tahun akhir-akhir ni. Whatever it was, it was a feeling I never had before, anxiety attack I never felt before sehingga aku rasa tak mahu bangun dari tidur untuk face reality. Tapi, aku bangkit hari-hari demi meneruskan perjuangan. It was hard, it took a while. Until near the end of 2014, I found few things that made a big change – dan itu termasuklah beberapa perkara yang aku senaraikan dalam blogpost ini. Aku juga menemui cara paling mudah untuk menenangkan hati yang gelisah iaitu :

  1. Ambil masa nilai keadaan semasa
  2. Buat apa yang mampu dibuat pada hari ini, sekarang juga
  3. Letak 100% keyakinan pada Allah S.W.T. yang maha mengetahui yang terbaik untuk kita, yang maha menentukan. Kita rancang, usaha, doa dan tawakkal sepenuh hati.

Being fearless is something amazing to achieve – and knowing that you have Allah who knows better and who can do the impossible.

  • Bersangka baik itu lebih jauh menenangkan – kalau tidak boleh fikir positif – jangan fikir langsung,
    1. Yang pertama sentiasa bersangka baik terhadap Allah S.W.T.. setiap ketentuan Allah S.W.T tentu ada hikmahnya. Namun begitu, kita seharusnya juga sentiasa berusaha kearah kebaikan dan membuat keputusan yang telah difikir panjang.
    2. Dengan hidup yang penuh dengan pengisian laman sosial, senang sangat untuk fitnah timbul.. kadang-kadang kita pun tak sedar, kita juga ada rasa nak je cakap tentang yang tak baik. Jadi, nilai dulu diri sendiri – ambil iktibar dari yang buruk, and stop judging people. Leave that to Allah. Kalau nak nasihat pun, fikir panjang dan fikir positif.

Kadangkala boleh jadi sesuatu itu menjadi ibadah atau juga sebaliknya bergantung kepada niat tuan badan yang melaksanakannya – jadi siapalah kita untuk menilai – kerana yang tahu hanyalah Allah S.W.T

  • Sentiasa berada dalam keadaan sedar dan berfikir. Niat sebelum melakukan apa-apa sahaja pun (Setting Intention and Being Mindful)
    1. Bila kita berniat kerana Allah S.W.T sebelum melaksanakan secara automatic, kita menilai sama ada perkara yang kit nak buat tu sejajar tak dengan apa yang Allah S.W.T redhai. Dengan itu, kita mendengar apa yang Allah S.W.T inginkan untuk kita instead of just listening to our heart.
    2. Bila kita sentiasa berada dalam keadaan sedar, kita sedang menikmati banyak lagi nikmat Allah S.W.T yang tidak terkira – memberi kesedaran untuk bersyukur sepanjang masa

People always say, listen to your heart… tapi betul ke hati kita yang berbicara? Atau syaitan yang sedang berbisik? Kita diberi akal untuk menilai. Gunalah akal mu wahai orang-orang yang berakal.

 

  • Pengurusan masa yang lebih bermakna – diisi dengan perkara-perkara yang akan membawa kita selangkah kehadapan kearah matlamat – baik matlamat dunia dan matlamat akhirat.
    1. Utamakan hak Allah S.W.T. Sebagai hamba-Nya, seharusnya kita melaksanakan dulu yang ibadah wajib diikuti dengan ibadah-ibadah lain. Masa itu hamba Allah S.W.T – jadi, boleh jadi, masa yang diberi untuk setiap orang itu berbeza sebenarnya walaupun pada zahirnya ianya 24jam untuk semua orang.
    2. Masa yang penuh diisi dengan berfaedah – membawa ketenangan dan kebahagiaan (happiness comes from having done all you need to do and doing what you love)
  • Tak perlu sempurna sifat untuk memberi nasihat kepada para sahabat lain selagi ia menuju kearah kebaikan – kita niatkan sama-sama memperbaiki diri dan sama-sama menasihati satu sama lain menuju kearah keredhaan Allah S.W.T.
    1. Yang ni mungkin kurang jelas – maksud ak, kadang-kadang kita selalu rase nak tegur, tapi takut pula dilemparkan dengan kata-kata “ ko tu sendiri pun tak de la alim sangat”. Memnag betul, kita memang tak kan pernah cukup baik,–akan sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan iman kita. Tapi tak semestinya kita tak boleh sama-sama mengur yang mana baik yang mana buruk. Kita boleh cuba perbaiki diri dulu, dan cuba untuk membawa sahabat-sahabat kearah kebaikan. Indahnya berkongsi cara untuk sama-sama kecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.
    2. Aku banyak tersentuh dengan daie-daie yang seangkatan dengan ku, insan biasa yang sedang memperbaiki diri kearah lebih baik. Walaupun aku tak kenal diorang, sekadar kenal dilaman-laman blog dan di laman social, kadang-kadang hati ini terusik dengan kata-kata nasihat yang dikongsi dengan rendah dirinya. Jadi, aku rasa, tak perlula nak sempurna sangat untuk menyentuh hati orang dan mengalakkan orang kearah keabaikan.
    3. Aku ada baca dalam majalah Solusi baru-baru ini, bahawa Iman itu menjadi lebih teguh bila ianya dalam satu kumpulan. Bermakna, iman akan lebih teguh jika dikongsi bersama. Sama-sama kita saling mengigati, sama-sama berusaha memperbaiki diri. Even fitness, healthier living pun dikatakan lebih efektif bila buat dalam kumpulan. Jadi samala jua dengan membina keteguhan Iman. Memang tak boleh kongsi Iman tu, tapi kalau kita saling mengigati tak ke lagi kuat kita ingat matlamat kita kearah memperbaiki diri. Antara sebab itu, aku decide untuk bina blog ini. Untuk diisi dengan perkongsian ilmu , perkongsian semangat bersama untuk membina Iman, InsyaAllah.

Gabungkan semua yang aku belajar diatas, InsyaAllah aku dapat rasakan tahun 2015 yang lebih bermakna, yang lebih bahagia dan semoga lebih menuju kearah mencari Redha-Nya. Amin.

 

Sekian,

Hamba Allah S.W.T

Along

Yang kurang itu datang dariku, yang baik itu dari Allah S.W.T.

Advertisements